CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 19 November 2008

blogginggggg!

waaa...it has been quite a time jugak la i didn't drop any words here...senyap sunyi and bisu with my study actually. sooooo the very busy. non - stop quizzes and assignment and now, i do have one mini project to be settled down. huhhh...and the final exam is just around the corner guys!!! so tired, so pressure... what i think is i just wanna go home and sleep all day long. hahahahah! ;p

but actually, there's a lot of thing happened to me in this few months. who thought that i'll have my love crush within 3 month but now it's over. yuppie2 yup! it's over by chris daughtry. I think that being coupled is one of the best way i start my new love life and it can cover my black history but naa...it's not actually like what i think it is. Getting into a relationship sometimes...well...maybe sounds melampau but for me..it's the stupidest thing EVER and maybe for couples of year, I WOULD NOT INVOLVE WITH IT. No..nope..nehi. Sarawakian call it as 'jerak'. Or maybe...i fell for someone that doesn't suits me. maybe it's a pengajaran for me.

knowing someone and to make them become your lover, it is not take only for months but the longer the time, the better you will know bout them. Am i terburu2? Naa..entah.

Rabu, 9 Julai 2008

Welcome back lorrr!

Haila2...back to school huh? okay, back to PKK da advance kunun. Hahaha! ;p
Tomorrow is the registration day..up one semester..semester 5. Got half year more to finish my study. What will happen tomorrow?

Rabu, 11 Jun 2008

whatever...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

today..I'm not in the good mood..sometimes we try to understand people that we call as friends but then we would get some of their 'angin tempias' when they are mad...mad for the things that don't even relate to you...you are trying to calm them down but by the end of the conversation, you still the one who 'kena tempias'. Goshhhh...Allah, plz help me control myself through this situation. Ameen...

Jumaat, 23 Mei 2008

Over you by Chris Daughtry

Now that it’s all said and done
I can’t believe you were the one
To build me up and tear me down
Like an old abandoned house

What you said when you left
Just left me cold and out of breath
I fell too far, was in way too deep
Guess I let you get the best of me

(Chorus)

Well I never saw it coming
I should have started running
A long, time agooo!
And I never thought I’d doubt you
I’m better off without you
More than you, more than you know
I’m slowly getting closure
I guess it’s really over
I’m finally gettin’ better

Now I’m picking up the pieces
From spending all of these years
Putting my heart back together รข€˜
Cause the day I thought I’d never get through I got over you!!!

(End Chorus)
You took a hammer to these walls
Dragged the memories down the hall
Packed your bags and walked away
There was nothing I could say,
And when you slammed the front door shut
A lot of other’s opened up
So did my eyes so I could see
That you never were the best for meee

(Chorus)

Well I never saw it coming
I should have started running
A long, time agooo!
And I never thought I’d doubt you I’m better off without you
More than you, more than you know
I’m slowly getting closure
I guess it’s really over
I’m finally getting’ better

Now I’m picking up the pieces
From spending all of these years
Putting my heart back together
Cause the day I thought I’d never get through
I got over you!!!

(End Chorus)

I never saw it coming I should have started running
A long, long time agooo
And I never thought I’d doubt you I’m better off without you
And I never saw it coming I should have started running
I’m finally getting better

Now I’m picking up the pieces
From spending all of these years
Putting my heart back together
And I got over you!!!
And I got over you!!!
And I got over you!!!
The day I thought I’d never get through I got over you.

Rabu, 21 Mei 2008

Tolong sampaikan pada si dia...

Assalamualaikum..=)
Artikel di bawah ini sangat menarik hati saya & terkesan di hati. Sama2 kita renungkan...

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

*Artikel ini dipetik daripada laman web : http://www.iluvislam.com/

Meng'install' antivirus untuk virus jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?
Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

*Artikel ini dipetik daripada laman web : www.iluvislam.com

Selasa, 20 Mei 2008

Cerpen 2

Dia Dalam Kenangan…Nadirah.

Aku kembali lagi ke sini. Kembali mencari sesuatu yang hilang dan mencari wajah yang aku rindu selama hampir tiga tahun selepas meninggalkan bumi Sabah ini. Tiga tahun berlalu dan dia masih di situ. Sama seperti setiap kali aku memerlukannya. Dia sentiasa ada di situ.

Dalam diam, aku memerhati dia yang kini duduk di hadapan ku. Tidak banyak yang berubah pada wajahnya. Mungkin kaca mata yang tergantung kemas membuktikan penglihatannya semakin berkurang. Juga menampakkan kematangan pada penampilannya yang semakin kemas. Karisma seorang jurutera jelas menyerlah. Pakej sebagai lelaki idaman semakin lengkap. Bijak, bergaya dan bekerjaya. Kacak? Bolehlah…sedap mata memandang. Label yang sejak dari dulu diguna pakai pada mana – mana jejaka yang aku lihat. Itu lebih adil daripada aku mengatakan orang itu kacak, dia pula tidak, yang itu pula biasa – biasa…

“Kenapa tengok Mir macam tu?” pertanyaannya membuatkan aku tersentak sedikit tetapi aku tutup dengan senyuman sambil menggeleng perlahan.

“Tak ada. Lama sangat tak tengok Mir. Rindu kot…” selamba aku menjawab. Pasti Shahmir akan berfikir yang aku sekadar mahu mengusiknya sedangkan sememangnya aku sedang berlaku jujur di hadapannya. Dia selalu buat tidak tahu dan mungkin akan sentiasa buat – buat tidak tahu. Biarlah, ada baiknya juga begini. Biar saja dia menganggap setiap kata – kata ku adalah gurauan semata.

Shahmir tersenyum menggeleng. Kan…dia akan terus sentiasa menganggap kata – kata ku adalah gurauan semata.

“Datang sini tak beritahu Mir pun? Maklumlah, orang nak jumpa buah hati dia…” suara Shahmir sarkastik. Hati ku sedikit terusik tapi aku tahan dengan senyuman nipis. Sekadar menyembunyikan rasa di hati.

Aku memandang sekeliling. Pengunjung medan selera Anjung Senja semakin ramai. Aku dan Shahmir seperti berada di dunia sendiri sedangkan sekeliling kami begitu galak dengan suara orang berbual, bunyi kenderaan yang lalu lalang dan bermacam lagi rentak kota besar yang hingar. Apa agaknya yang dia fikirkan sekarang? Aku tidak ada hati mahu menjawab soalannya yang tadi. Dan sebetulnya aku begitu terasa dengan perkataan ‘buah hati’ yang disebutnya.

Dia tahu tetapi buat – buat tidak tahu. Dia sedar tetapi sengaja buat tidak sedar. Kalaulah dia tahu yang aku sebenarnya sudah semakin letih bermain perasaan begini…

* * *

Diam. Ya diam. Aku hanya mampu diam dan sebetulnya aku terdiam. Kenapa pucat benar wajah Nadirah? Tubuhnya juga nampak kurus. Sakitkah dia? Soalan itu hanya bermain di hujung lidah. Hendak bertanya, entah kenapa aku ragu. Hanya kelembutan lirikan mata dan senyuman itu yang masih sama seperti dulu. Sesuatu yang pernah, masih dan mungkin akan sentiasa menambat hati lelaki ku.

“Datang sini tak beritahu Mir pun? Maklumlah, orang nak jumpa buah hati dia…” aku sekadar menduga dan sebetulnya aku mahukan kepastian. Selebihnya ya, aku terasa hati. Lagaknya yang senyap – senyap saja ke mari seperti mengiakan tekaan ku.

Aku meneka yang dia kembali ke sini kerana Nick. Teringat lagi, 3 tahun lepas dia pernah meminta aku untuk mengikuti perkembangan jejaka kacukan Dusun – Murut itu. Mungkin ingatannya pada jejaka berwajah Chinese look itu masih kuat. Boleh jadi yang tambah kuat itu adalah perasaannya! Hah, sudah! Dan aku, mengikut saja kehendak Nadirah tanpa bertanya walau sedikit pun. Untuk apa bertanya kalau jawapannya hanya akan membuatkan aku kecewa?

* * *

“Tolong ya…” aku memandang Suhaiza penuh mengharap. Suhaiza…aku tidak pasti pula apa yang boleh aku tafsirkan dari pandangannya yang jatuh pada paper bag berwarna coklat bercorak daun maple itu.

“Iyalah, nanti saya berikan pada dia,” beberapa minit kemudian barulah dia memberikan jawapan. Aku lega. Aku tahu, mesti dia hairan dengan isi di dalam paper bag ini. Sesuatu yang agak pelik di fikirannya mungkin. Tetapi tidak bagi aku.

Pemberian ini suatu tanda ingatan. Ingatan ku pada kata – kata yang pernah diberitahu pada ku dahulu. Meski setahun selepas itu baru aku membuat keputusan untuk memberikan hadiah ini tetapi maksudku tidak lebih dari sekadar memenuhi hajat seorang teman. Jauh di sudut hati, aku masih mahu meneruskan jihad itu meski aku tahu kepastiannya samar – samar. Aku sekadar membuka jalan, terpulang pada si penerima hadiah ini dan juga kehendak Allah menentukan semuanya. Dan aku berdoa agar Allah memberikan hidayah ke dalam hatinya.

“Nak saya beritahu ke awak yang beri hadiah ni?” suara Suhaiza mencantas lamunan. Aku tersenyum nipis.

“Tak payahlah,” balas ku sambil menggeleng. “Terima kasih ya sebab tolong saya,” sambung ku lagi. Segannya perasaan, Allah saja yang tahu. Walaupun kami saling mengenali tetapi tidaklah seakrab mana. Sekadar pernah menjadi teman searas semasa tinggal di asrama beberapa semester yang lalu. Sekadar berbalas senyuman dan berbasa basi kalau berselisih di dalam aras atau di jalan.

Suhaiza angguk. Cuba memahami kehendak ku. Tidak perlulah dia memberitahu. Biar si empunya melihat sendiri apa yang aku tulis di dalam hadiah itu. Setelah berbasa basi sedikit, aku meminta diri. Dari riak wajah Suhaiza, aku tahu dia tertanya – tanya.

Mungkin dia terfikir, apa perlunya aku mengejar budak kelasnya itu? Tidak mungkin si kacak itu akan ‘melihat’ aku sedangkan dia dikelilingi oleh mereka yang berganda – ganda lebih baiknya daripada aku. Ah, tidak kisahlah apa pun yang dia hendak fikir, asalkan aku tahu apa yang aku lakukan. Yang pasti, aku tidak mengejar lelaki itu dan aku tidak pernah berharap kesudahan happy ending dalam hubungan kami. Namun, jangan sesekali mempersoalkan niat aku menjalinkan persahabatan ini.

Berkawan dengannya bukan kerana dia punya rupa ataupun kerana dia pelajar kejuruteraan yang sering diburu oleh adik – adik manis malah pensyarah muda di politeknik. Tidak, aku berkawan dengannya bukan hendak merasa bangga dapat jalan beriringan dengan dirinya. Tetapi kerana persahabatan ini adalah suatu jalinan yang tidak akan ada noktahnya.

Walau apa pun yang pernah hampir terjadi dulu, tidak bererti kerana hal itu kami harus berasa janggal untuk meneruskan persahabatan ini meski aku tahu dia sudah kekok mahu berhadapan dengan ku. Masakan tidak, dia yang memulakan tetapi akhirnya membiarkan aku tergantung tanpa jawapan pasti. Sudahnya, aku juga berlagak seperti tiada apa yang terjadi sedangkan di hati Allah saja yang tahu. Dan aku, lebih selesa memendamnya sendiri. Apa saja cerita mengenai aku dan dia, biarlah menjadi rahsia aku dan Allah saja.

Pada Nya aku mengadu segala kekusutan dan kekeliruan hubungan ini. Mencari jawapan dalam sujud terakhir setiap kali aku menunaikan solat. Mencari tahu hubungan ini. Apa perlu aku teruskan apa yang aku rasai atau biarkan masa saja yang menentukan sejauh mana persahabatan ini mampu pergi? Aku sudah berjanji untuk redha pada apa saja yang akan terjadi. Cuma satu doa ku yang tidak putus, berharap agar dia bersama – sama di ‘jalan’ ini. Jalan yang lurus lagi diredhai oleh Nya…

* * *

Aku tersandar lesu pada kerusi. PC yang terbuka dengan muka depan Yahoo! Malaysia aku pandang kosong. Niat di hati hendak memeriksa emel sebaik saja pulang dari site tadi tetapi hajatku terbantut setelah menerima panggilan daripada Nadirah.

“Mir masih simpan tak?” suaranya tidak mendesak. Sekadar bertanya kalau – kalau aku masih menyimpan alamat Nick. Masihkah aku simpan?

Aku mengeluarkan dompet dari poket seluar lalu membeleknya. Mencari cebisan kertas yang pernah aku tulis dengan alamat tempat kerja Nick. Ternyata aku masih menyimpannya. Kertas itu sudah kekuningan dimamah masa tetapi tulisannya masih jelas lagi.

“Masih. Bila nak ni?” ah, kenapa tidak aku berbohong? Kenapa tidak aku beritahu saja alamatnya sudah hilang? Habis cerita.

“Nanti kita keluar lunch sama – sama ya? Kat tempat biasa,” soalan berbalas soalan tapi di tempat biasa? Di mana? Oh ya, di situ. Tak sangka dia masih ingat. Aku tersenyum sedikit.

“Okey,” perbualan berakhir di situ. Fikiran ku jadi kosong tiba – tiba.

Perkenalan dengan Nadirah 4 tahun yang lepas kembali menerpa di ingatan. Semuanya gara – gara Hazim. Hazim yang konon beria – ia mahu menolong tetapi akhirnya aku juga disuruh.

“Nak jumpa siapa tadi?”

“Encik Razlan,” oh…encik miang tu. Aku menoleh sekilas pada dia yang berjalan beriringan dengan ku. Habislah kau ni kena usik dengan pensyarah tu.

“Tapi awak ni dari Jabatan Perdagangan, kan? Buat apa nak jumpa encik tu pula?” aku yang pendiam tiba – tiba ramah bertanya sedangkan apa saja tujuan dia berjumpa dengan pensyarah yang mengajar modul Matematik Kejuruteraan itu bukannya ada kena mengena dengan aku.

“Nak hantar tugasan kawan saya ni. Dia tak sihat, jadi dia tak dapat datang kelas. Tugasan ni nak kena hantar hari ni. Dia minta saya tolong hantarkan,” suaranya rendah dan tertib. Aku sekadar mengangguk.

Lima minit berlalu. Dia yang masih lagi tidak aku ketahui namanya belum keluar dari pejabat pensyarah. Aku mengerling jam di tangan. Ada 5 minit lagi sebelum kelas seterusnya. Entah apa yang dibincang lama benar di dalam? Jangan – jangan encik tu tengah loyar buruk dengan budak tu. Hendak aku tinggalkan, nampak tak baik pula.

Antara mahu dengan tidak, aku menuju ke meja Encik Razlan. Ternyata tekaan ku benar. Encik tu tengah ‘cucuk jarum’. Dalam hati, aku menggeleng. Encik…encik…

“Lama lagi ke, encik?” entah kenapa aku mengeluarkan soalan itu dengan nada yang aku kira agak kurang bersopan juga. Seakan aku tidak senang pula.

“Oh, girlfriend awak ke ni?” saat itu aku dan gadis itu saling berpandangan. Wajahnya beriak kosong sedang aku mencari alasan untuk diberikan.

“Ya,” jawab ku selamba. “Lama lagi ke encik nak pinjam cik adik saya ni?” aku menyoal sambil tersengih pula. Entah atas sebab apa aku berbuat begini, aku juga tidak pasti. Tersengih juga tanpa sebab.

Encik Razlan tersenyum nipis sebelum mengangguk tanda membenarkan kami pergi. Aku turut membalas senyumannya. Si gadis tampak agak ‘blur’. Mungkin dalam hatinya mengutuk aku yang memandai saja mengaku aku ini temannya.

“Kenapa tadi tu?” soalnya ragu. Aku mengangkat kedua belah kening. Berfikir…

“Tak ada apalah. Jangan layan sangat encik tu,” dia mengangguk. Faham ke?

“Saya tahu. Pelik juga ya bila dengar cerita pensyarah lelaki engineering ni ada yang gatal?” dia membalas selamba. Aku sekadar mengangguk. Biasalah tu cik adik baju pink oi…kalau dah kebanyakannya muda, orang bujang lagi…umur awak dengan dia pun tak jauh beza, layak dibuat isteri, lawa pula tu…dia pun usiklah. Mana tahu masuk jarum…kata – kata yang sekadar bermain di dalam hati. Aku bukanlah seorang yang ‘mesra alam’ dan tidak ada sebab untuk aku beramah mesra dengan gadis ini. Kenal pun tidak…

“Okeylah. Sampai sini saja ya. Saya nak masuk kelas,” aku menuding pada kelas ku. Dia menoleh. Wajahnya nampak agak terkejut. Mungkin dia tidak sangka aku membawanya sehingga ke kelasku. Aku pun tidak tahu atas sebab apa aku mahu dia menemani ku sehingga ke kelas.

“Terima kasih ya sebab tolong tunjukkan officenya. Oh ya, nama saya Dira, Nadirah,” dia tersenyum sebelum mengangguk dan berlalu pergi.

Shahmir…sekali lagi ku jawab dalam hati saja. Bila agaknya dia akan datang ke Jabatan Kejuruteraan Awam untuk menghantar tugasan kawannya lagi? Ah, Mir! Bangun! Soalan jenis apa tu?

Aku lalu tersedar. Jauhnya aku mengelamun mengenang cerita lama. Cerita zaman kampus. Namun sejak dari hari itu aku diburu senyumannya. Senyuman yang biasa saja di pandangan mata ku pada mulanya menjadi sesuatu yang aku cari. Tanpa sedar, aku mula menyimpan wajah yang tidak aku kenali itu di dalam hati. Menjejakinya? Tidak juga. Aku jadi teringat kata – kata Hazim.

“Mir, kalau kau nak, aku boleh tolong usahakan,” diam. Dalam hati aku tahu aku sudah ‘kantoi’ dengan Hazim apabila apa yang sedang aku perhatikan turut diperhatikan oleh Hazim. Hazim menepuk bahu ku sambil tersenyum.

“Jangan takat tengok aja, Mir. Kalau kau terus macam ni, sampai grade pun kau tak ada girlfriend,” Hazim mengoyak sengih.

Mengenang kata – katanya yang ke dua itu membuatkan aku tersenyum. Masin mulut kau Zim, sampai sekarang pun aku tak ada makwe lagi.

* * *

“Dira balik esok,” mug yang baru saja hendak dibawa ke bibir aku letak semula di atas meja. Besok? Mengapa cepat benar? Belum sampai seminggu pun dia di sini. Malah, kami baru dua kali berjumpa.

“Dira banyak kerja ya?” agak lama dia diam sebelum menjawab dengan perkataan ‘em’ saja. Seperti ada yang mahu disembunyikannya dari pengetahuan ku.

“Flight jam berapa? Boleh Mir tolong hantarkan,”

“Tak apalah Mir. Dira naik teksi aja,”

“Dira…Dira marah Mir ya sebab tak spend time dengan Dira?” ledakan tawa halus meletus sebaik aku menghabiskan kata.

“Apalah Mir ni, Mir ingat Dira ni budak kecik ke nak merajuk sebab tak kena bawa jalan – jalan? Dira dah jalan – jalan semalam…” tiba – tiba Nadirah bersuara rendah lagi. Seakan sedikit bergetar dan tenggelam timbul. Dira, Dira kenapa sebenarnya?

“Okeylah Mir. Dira nak kena packing barang ni. Nanti taklah kelam kabut sangat. Assalamualaikum,” tap! Talian putus.

Wa’alaikumsalam…Salamnya ku sahut dalam hati. Aku jadi ‘blur’, bingung dan akhirnya aku bersandar lesu di kerusi. Dira tau tak yang Mir risau sangat fasal Dira? Risau sangat – sangat…

* * *

Argh! Takkan pergi tak beritahu aku? Kenapa asyik suara mesin tu yang jawab dari tadi? Ke dia tengah charging handphone? Lama betul sampai tiga jam? Biar betul???

Anak panah bermain di atas skrin PC mengikut gerak tangan ku memainkan tetikus. Mata ku menghala pada petak kecil windows start bar. You’ve got 1 new mail. Klik…

Emel daripada Nadirah? Nadirah menghantar emel?

Assalamualaikum Mir…

First of all, Dira nak minta maaf sebab tipu Mir. Dira dah berangkat ke Australia semalam Mir. Waktu Dira call Mir tu sebenarnya Dira dah di airport. Dira ambil flight dari KK ke KL dan lepas tu ke Perth. Maafkan Dira ya Mir…

Mir,

Semalam juga Dira dah pergi jumpa parents Mir. Dira tak lupa Mir. Dira ingat yang Mir pernah cakap Mir nak bawa Dira jumpa papa dan mama Mir cuma bezanya Dira datang seorang diri. Dan parents Mir ada cakap sesuatu tentang kita…ya tentang kita…tentang Mir, tentang Dira…tentang masa depan kita…

Kita tak pernah bercakap soal hati dan perasaan, kan Mir? Apa saja yang selama ni menjadi usikan dan gurauan Dira pada Mir, sebetulnya Dira benar – benar maksudkannya. Mir pula macam mana? Dira bukan tukang tilik yang boleh baca hati orang Mir tapi orang kata, daripada tingkah laku seseorang tu kita boleh tahu apa yang ada di hatinya, betulkah? Jadi apa yang ada di hati Mir dengan semua tingkah laku yang Mir pamerkan pada Dira selama kita berkawan? Dira tak tahu Mir, betul – betul tak tahu.

Mungkin ada baiknya juga kita begini sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Macam sekarang. Dira sakit Mir. Apa yang boleh Dira janjikan pada Mir dengan keadaan Dira yang sekarang ni? Dira memang nak cakap yang Dira sayang Mir tapi tak boleh sebab it doesn’t worth it.

Mir,

Semalam juga Dira pergi ke pejabat Nick tapi dia tak ada. Dira sengaja datang masa lunch hour sebab kalau kami jumpa pun, tak ada apa rasanya yang Dira nak cerita pada dia. Dia pun entah ingat entah lupa kat Dira. Pelik ya, Dira beria – ia suruh Mir dapatkan alamat dia. Dira juga nak Mir temankan Dira tapi akhirnya, Dira pergi seorang diri. Kenapa ya Mir dengan Dira ni? Dira pun tak tahu kenapa Dira datang sini kononnya nak jumpa Nick dan bila saatnya Dira datang, Dira pergi masa yang tak sesuai yang Dira sendiri rancang. Dira bukan takut dengan perasaan ni sebab Dira yakin, dia tak ada lagi di hati Dira. Cuma…entahlah.

Mir,

Penat ya jalan – jalan sendiri? Pergi rumah parents Mir, pergi pejabat Nick, pergi jumpa kawan – kawan lama, pergi sana, pergi sini…Tapi penat lagi kalau memikirkan perjalanan hidup ni. Bila agaknya cerita Dira ni akan tamat Mir? Mungkin lepas ni agaknya…Mir, andaikata Dira tak ada lagi, Mir jangan lupakan Dira ya? Doakan Dira dan kirimkan bacaan Yasin buat Dira sebagai penghubung antara kita. Dan Dira nak Mir tahu, Mir istimewa di mata dan di hati Dira…

Salam sayang,

Nadirah

Aku menyandar lesu di kerusi. Mata terasa berpasir tiba – tiba. Nadirah…Senyum Nadirah, tawa Nadirah, rajuk Nadirah dan apa saja tentang Nadirah menerjah ke ingatan satu persatu. Adakah emel ini membawa maksud yang aku sudah kehilangannya? Adakah ini bererti kisah kami sudah tamat? Tamat dengan meninggalkan banyak persoalan di benak ku…

* * *

Matanya tiba – tiba terpaku pada paper bag berwarna coklat bercorak daun maple di atas meja. Spontan dia menepuk dahi. Macam mana boleh lupa? Nick mencapai paper bag itu sebelum duduk di birai katil. Dengan tertib dia mengeluarkan isi dari dalam paper bag itu. Tafsir Quran dengan sekeping kertas berlipat dua di dalamnya.

Teringat lagi petang semalam, teman sepejabat datang menyerahkan paper bag itu padanya. Hairan juga. Bila ditanya siapa pengirim, si teman hanya memberitahu seorang perempuan. Perempuan mana lagi? Ah, biarlah siapa pun.

Tafsir Quran berkulit keras berwarna biru dengan corak keemasan itu dibeleknya. Cantik. Ingatan mula singgah pada seseorang. Mungkinkah…pantas tangan membuka kertas yang terselit di belakang kulit tafsir.

Ku pejamkan mata ini,

Mencuba ‘tuk melupakan,

Segala kenangan indah,

Tentang diri mu, tentang mimpiku…

Semakin aku mencuba,

Bayang mu semakin datang,

Merasuk hingga ke jiwa,

Tuhan tolonglah diri ku…

Entah di mana diri mu berada,

Hampa terasa hidup ku tanpa diri mu,

Apakah di sana,

Kau rindukan aku,

Seperti diri ku yang selalu merindukan mu,

Selalu merindukan mu…

Tak bisa aku ingkari,

Engkaulah satu – satunya,

Yang bisa membuat jiwa ku,

Tak pernah mati menjadi bererti…

Namun kini kau menghilang,

Bagaikan ditelan bumi,

Tak pernahkah kau sedari,

Erti cinta mu…untuk ku…

Nick, ingat lagi tak lagu ni? Nick pernah kata yang Nick sukakan lagu ni. Walaupun Nick tak pernah beritahu sebabnya tapi tak apalah. Rasanya saya dah tahu. Siapa sangka ya Nick, selepas 3 tahun lagu ni saya tujukan pada Nick pula?

Cepatnya masa berlalu ya? Dan kita tenggelam dalam kehidupan masing – masing. Tapi saya tak pernah lupakan persahabatan kita. Sebagai tanda ingatan saya, saya hadiahkan Nick satu lagi tafsir Quran. Harapnya yang dulu tu Nick masih simpan lagi. Tak tahulah kenapa saya mesti jadikan ini sebagai pemberian saya. Mungkin sebab saya cuma tahu ini saja kesukaan Nick yang pernah Nick beritahu pada saya.

Nick, lepas ni saya nak pergi jauh. Mungkin kita akan jumpa lagi tapi dalam suatu tempoh yang agak lama. Tapi saya tak tahu kita akan bertemu dalam keadaan yang bagaimana. Nick jaga diri baik – baik ya dan ingat yang kita tetap sahabat sampai bila – bila.

Nadirah.

Nick terkedu. Dia membelek lagi kertas itu ke depan dan ke belakang. Mencari kalau – kalau Nadirah ada meninggalkan alamat atau sekurang – kurangnya nombor telefon untuk dihubungi tetapi hampa.

Tangannya menarik perlahan laci pada meja lampu di sisi katil. Sebuah tafsir Quran yang masih elok dibelek perlahan. Terdapat sebaris kata di halaman pertama tafsir itu.

“Daripada Nadirah Nasir untuk Nicholas Xavier”

Ringkas tetapi bermakna. Ternyata gadis itu tidak lupa. Tidak lupa pada tarikh hari lahir dan keinginannya yang satu itu. Dia benar – benar terkejut. Hadiah itu diterimanya semasa di semester 6 sedangkan persahabatan dia dan Nadirah sudah menyepi hampir setahun! Dan disaat dia mahu mendekati gadis itu semula, hati terpempan dengan kehadiran seorang lelaki lain yang dilihat begitu mesra berjalan beriringan dengan Nadirah setiap pagi ke kelas. Lalu dia membiarkan. Biar, biar dan abaikan.

Dan kini, Nadirah kembali dengan memberikan hadiah yang sama tetapi pertemuan tidak wujud antara mereka. Rindu datang tiba – tiba entah dari mana. Rindu pada seraut wajah itu. Rindu pada persahabatan yang dulu. Sedar bahawa Nadirah bukan sebiasa gadis – gadis lain yang datang dan pergi dalam hidupnya. Nadirah meninggalkan kesan di hati dan juga di ingatan. Atau lebih tepat, Nadirah antara insan yang memberi erti di dalam kamus hidupnya. Nadirah…

Nokia 5310 tiba – tiba menjerit. Melihat nama yang tertera, Nick mengukir senyum nipis.

“Assalamualaikum…” suara lembut di hujung talian menyapa telinga.

“Wa’alaikumsalam,” balasnya masih dengan senyuman yang tidak surut.

“Nick dah solat Isyak ke belum?”

“Sudah Cik Nadirah…”

Nama yang sama tetapi orang yang berbeza. Inilah takdir. Persahabatan dengan Nadirah mengheret aku ke dalam cahaya yang tidak akan pernah malapnya. Menemui cinta seorang gadis bernama Nadirah meski mereka dua insan yang berlainan tetapi tidak pernah aku samakan.

Nadirah Nasir adalah gadis dari kenangan cinta yang lalu. Memberi 1001 makna dan pengertian di minda juga di jiwa. Persahabatan yang menyelitkan mahabbah dan rahmah tetapi tidak menyatukan tetapi menemukan dia, Fakhrul bin Abdullah pada cinta Illahi. Cinta yang hakiki lagi abadi…

Nadirah, terima kasih. Terima kasih untuk cinta ini…ya, Insya Allah kita akan bertemu lagi. Terima kasih teman…