Simple, selamba, baik tapi tak nak yang baik sangat, alim tapi tak nak yang alim sangat, full with sense of humor dan muka dia…asal sedap mata memandang. Sepasang mata Najla meniti satu – persatu ciri – ciri lelaki idaman yang ditulisnya di dalam buku nota kuliah. Ah, otak aku dah mereng agaknya. Muka
Umur baru 20 tahun dah berangan – angan nak ada boyfriend. Erk? Salah ke tu? Bukan umur macam aku ni dah kira layak ke nak ada boyfriend? Kawan – kawan semua nampak okey aja pun ada boyfriend. Siap hairan lagi tu kenapa aku tak ada boyfriend. Pelik ke kalau aku tak ada boyfriend dalam umur 20 tahun? Ya, mungkin zaman nenek aku yalah, umur 20 tahun tu kira dah andartu kalau tak kahwin lagi tapi itu zaman nenek aku. Zaman aku pula?? Entah, tak pernah pulak otak aku ni menganalis teori tu. Tak pernah dan tak terlintas pun. Jadi, kenapa hari ni kau fikirkan teori tu wahai Cik Nurul Najla?
Entah. Fasal tu aku kata otak aku dah senget agaknya hari ni atau sebab…okey! Stop it! That idea is just sooooo called as nonsense.
“Aku nak ajak kau pergi rumah pak cik dan mak cik aku,” suara Suhana kedengaran lembut semacam di hujung talian. Tak macam Suhana!
“Buat apa?” Najla di talian sebelah terkebil – kebil. Hairan! Tak ada angin, tak ada rebut, tak ada apa tiba – tiba Suhana buang tabiat ajak pergi rumah saudara dia.
“Anak dia yang study di Mesir tu dah balik,” kali ini Suhana seakan berbisik pula. Apa yang secret sangat sampai buat – buat suara ular pulak nih? Ooohhhh…anak Pak Cik Yahya dah balik, si siapa namanya tu…si…si Zakri, haa…si Zakri dah balik so Suhana ajak aku pergi rumah pak cik Yahya? Gitu ek?
“Pergi ajalah Na. Yang kau ajak aku sekali buat apa?”
“Kau ni,
“Na, kau ni
Perbualan tu! Masakan gara – gara perbualan tu kau jadi tak betul macam ni Ila? Goshhhhh! Just stop it! I’m out of this nonsense – thingy okay!
* * *
“Mak, Ila nak 20 sen. Nak beli aiskrim. Cepatlah mak, nanti tak sempat. Pak cik jual aiskrim nak lalu sini dah tu,” emak diam membisu. Hanya renungan kosong emak yang memenuhi ruang mata.
Dia menjenguk lagi ke luar tingkap. Dari kejauhan, ternampak basikal tua yang dikayuh oleh seorang lelaki dalam lingkungan usia 30 – an sambil membunyikan loceng. Hati kanak – kanaknya semakin teruja mendengar loceng itu seakan semakin dekat dan dekat lagi di cuping telinga.
Wajah emak dicari lagi. Mak? Mak mana? Tadi mak ada di situ, di belakang Ila. Mak ada di situ. Mak! Mak! Maaaakkkkk!
“Ila, Ila,” kedengaran suara lembut Fatin menyusup ke dalam telinga. Najla buka mata. Fatin tersenyum nipis.
“Dah subuh ni, jom solat,” Najla bangkit. Fatin sudah siap bertelekung. “Aku tunggu kau,” sambung Fatin lagi sebelum gadis itu kembali duduk di atas sejadah. Alunan surah Yasin mula kedengaran.
Najla masih termangu di atas katil. Mengingat mimpinya sebentar tadi. Kemudian mata beralih pada jam loceng di tepi bantal. Uh? Padanlah makin lama makin dekat bunyi loceng basikal jual aiskrim yang dalam mimpi aku tu. Bukan makin dekat aja, makin kuat juga bunyinya. Ceh, aiskrim konon! Syaitan betul! Tapi wanita yang berdiri di belakangnya di dalam mimpi tadi? Sepasang mata kembali redup. Hati mula rasa dijentik sayu. Pantas tangan menolak selimut ke tepi sebelum bangkit menuju ke bilik air.
Yang pasti, usai solat Subuh, air mata mengalir macam air terjun di Niagara Fall dan suara pun seakan tersekat – sekat sewaktu mengalunkan surah Yasin. Dia teringat sangat – sangat pada wanita itu. Wanita yang dipanggil emak…
Mak, Ila rindu sangat kat mak. Rindu sangat – sangat. Mak tunggu Ila ya mak…
* * *
Nokia 5310 mula menjerit barisan lagu Gantung – Melly Goeslaw. Tangan kiri mencapai handset yang terlentang di atas katil. Senyum nipis terukir sebaik melihat nama Suhana terpapar pada skrin.
“Haa, nak apa ni?”
“Mak oi, garangnya!” terjah Suhana semula. Najla tergelak selamba. Heheh…saja ja tu.
“Ni, kau siap – siap tau. Aku jemput kau kat poli dalam jam 9 macam tu, okey?” suara Suhana ceria.
“Nak pergi mana? Kau pergi sini dengan siapa?” Najla hairan. Teh di dalam gelas dihirup perlahan. Ah…heaven! Biskut Tiger segiempat digigit tertib.
“Kau siap – siap aja. Pakai baju kurung tau! Okey, daaaa!” tuuuuutttt…ya Allah, kereknya budak ni. Aku belum tanya habis, dia dah hang up dulu.
“Siapa tu?” Fatin yang dari tadi jadi tukang dengar mula bertanya. Hairan melihat Najla yang terkebil – kebil memandang handset.
“Si Suhana. Entahlah budak ni. Katanya nak jemput aku kat sini jam 9, siap suruh aku pakai baju kurung lagi tu. Hairan pulak aku dengan dia ni,”
“Nak pergi mana?”
“Itulah aku tanya tadi tapi dia tak nak cakap…” Fatin sekadar meng‘oh’kan saja. Tak masuk campur. Sekian terima kasih. Sambung pekena Nescafe 3 in 1 ni dengan makan biskut Tiger ni lagi baik.
Haa…aku baru aja plan ingat nak berlingkar aja atas katil hari ni sambil dengar radio, baca novel ke, magazine ke, layan laptop ke, apa ke…macam full pula aktiviti aku minggu ni. Assignment dengan kuiz kira standard capaian ISO la tu fix in dalam kerja aku sebagai student,
Dah orang ajak keluar, pergi ajalah. Macamlah tak biasa turun KK weekend macam ni. Yang kau nak act macam manusia paling pemalas di dunia ni kenapa pula?
* * *
Maka dengan itu, terpacaklah Najla di rumah Pak Cik Yahya dengan Mak Cik Fatimah. Tapi, saat ini dia adalah satu – satunya orang asing di kalangan ahli keluarga itu. Huaarrggghhh…aku rasa macam nak balik asrama aja! Fatin, kau tolong ambik aku kat sini sekarang jugak!
“Ila,” bahu sedikit terangkat bila suara Mak Cik Fatimah menyapa telinga. Huh, mengelamun! Bibir dipaksa mengukir senyuman. Entah macam manalah agaknya rupa senyuman aku ni?
“Dah nak siap ni mak cik. Nak letak mana ni?” mata mengarah pada buah tembikai susu yang dipotong kiub.
“Letak dalam sini,” mak cik Fatimah meletakkan piring bulat yang besar di hadapannya. “Lepas tu Ila tolong masukkan ketul ais dalam ni ya sebelum bawa ke depan,” pesan wanita separa 40 – an itu lagi. Najla angguk.
“Lepas tu Ila duduk rehatlah dengan budak – budak tu kat depan. Ila,
“Siapa ni Na?” tengah aku bercerita sakan dengan Suhana, tiba – tiba ada suara garau menyampuk dari arah sebelah kanan. Spontan dua kepala berputar 90 darjah ke kanan. Lelaki yang sebaya mereka berdua itu menatap sekilas ke arah Najla sebelum pandangannya beralih ke arah Suhana.
“Inilah kawan Ana yang Ana cerita kat Zack dulu. Ingat lagi tak?”
Najla kerut dahi. Kawan Ana yang Ana cerita kat Zack dulu. Frasa ayat jenis apa tu? Yang pasti, muka dah rasa lain macam. Tak tahulah riak muka jenis apa yang nak ditayang sekarang. Zakri sekadar mengangguk sambil tersenyum. Si Suhana ni pulak gatal menyiku lengan aku buat apa? Dan bila Najla pandang muka Suhana, Suhana sengih aja. Entah apa yang seronok sangat.
“Zack nak masuk dalam ni. Ana, ajaklah kawan ni masuk sekali,” sekali lagi bebola mata mereka bertemu tetapi sesaat cuma. Bahaya pandang lama – lama. Naknya lagi tu dengan mamat alim macam si Zakri ni. Nanti dia buat teori aku ni perempuan yang tak menjaga pandangan pula.
“Oi, berangan!” ya Allah! Nasib jantung aku tak melompat pergi trakea dengar suara Suhana ni menyergah orang. Najla ketap bibir. Kantoi!
“Hai…takkan jatuh tangga cinta pandang pertama kot dengan sepupu aku tu?” Suhana mengoyak sengih. Najla cebik. Perasan! Mana ada! Gua tak mainlah bab cintan ni semua. Ya ke cik Najla oi? Suatu suara yang entah datang dari mana tiba – tiba mengetuk hati. Kalau tak main, sudah. Duduk diam – diam.
“Kau tak cakap pun nak ajak pergi kenduri doa selamat. Surprise sangatlah konon,” Najla cebik lagi. Mata melilau ke sekeliling. Risau kalau ada mata yang memandang. Risau terkeluar
“Eh, surprise apa?
“Yalah tu, banyaklah kau punya surprise,” gumam Najla rendah. Muka dah kuyu semacam. Penat…kenapa penat? Penat sebab apa? Tapak tangan kiri dibawa ke mulut, menutup kuap. Spontan mata melirik ke kiri dan…alamak, sepasang mata itu lagi.
* * *
Nurul Najla. Also known as Ila. Bising betul mulut mereka ni bercerita pasal gadis itu. Dari dulu lagi. Masa dia pertama kali balik semula ke
Ila itu, Ila ini. Dan akhirnya bertemu juga dengan tuan punya nama tiga hari yang lepas. Baru dia tahu. Itu rupanya si Ila yang abah pernah cerita, Mak Lang Siti pun pernah sibuk bercerita, malah sepupu – sepupunya yang masih kecil juga tak tinggal menyampuk. Kalau si Suhana tak usah cakap, macam promoter pula. Tapi, dia tidak ambil pusing. Cuma angguk dan mengiyakan saja. Itu dulu…tapi sekarang?
Cepat dia tersedar. Menampar hati dengan istighfar yang tidak putus – putus. Tidak sepatutnya dia dihanyutkan dengan bisikan syaitan. Syuh…syuh…erk? Macam menghalau kucing pulak! Pantas tangan mencapai tafsir Quran di atas rak.
Istimewa. Bahan bacaan yang lebih istimewa daripada segala bahan bacaan yang ada di dunia ini. Sekalipun jika dikumpul hasil sastera penulis dari zaman Arab kuno hinggalah kepada penulis J.K Rowling, mana mungkin karya mereka itu mampu menandingi ayat – ayat Allah. Semuanya sudah dikompilasi ke dalam sebuah kitab suci ini. 114 surah yang merangkumi segala isi langit dan bumi, zaman berzaman. Tanpa sedar, bibir mengukir senyum.
Kitab di tangan mula dibelek. Mencari mukasurat yang ditandanya pagi tadi selepas solat Subuh. Mata terhenti pada surah An – Nur ayat 26.
“Wanita – wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki – lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk sedangkan wanita – wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.”
Ini janji Allah buat setiap lelaki dan perempuan yang beriman. Sesungguhnya Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk setiap hamba – Nya. Meski yang datang itu dianggap buruk tetapi percayalah dalam buruk itu ada baiknya juga. Tidak mungkin Allah menjadikan tiap sesuatu itu tidak ada faedahnya.
Dan bila kau akan menemukan janji Allah yang satu ini Zack? Satu suara muncul entah dari mana. Zack tersenyum sendiri. Belum tiba masanya kot? hati berbisik lagi. Tapi tak salah kalau mencuba,
“Macam mana Zack?” Haji Yahya merapati anak teruna sulungnya. Buah tembikai susu di bawa ke mulut.
“Macam mana apa, abah?” Zakri bertanya hairan.
“Budak tu?” mata Haji Yahya melirik sekilas ke arah Najla yang sedang asyik melayan telefon bimbit di tangan. Bersms la tu…budak – budak sekarang. Mata Zakri turut mengarah pada Najla.
“Kenapa dengan dia?”
“Zack dah besar. Abah cuma buka jalan untuk Zack. Budak tu baik, cubalah berkawan dengan dia,”
Kata – kata abah buat Zakri tergelak kecil. Abah…abah…Zakri baru 20 tahun. Banyak benda nak dikejar lagi. Sarjana, master…dan mungkin pH. D? Jadi budak medic bukan mudah. Al – Azhar bukan seperti universiti antarabangsa lain yang turut menawarkan kursus perubatan. Sistem pembelajaran di Al – Azhar lain. Jihad dan pengorbanan yang dirasakan lebih sukar jika dibandingkan kalau dia dihantar ke
Maka, tidak mustahillah saat dia disumbat dengan beribu cerita mengenai Ila semenjak setahun setengah yang lepas, tidak sekuman pun cerita tentang gadis itu lekat dimindanya. Tidak penting. Tapi sekarang?
Suhana. Suhana pun turut menggiat. Bagaikan orang bodoh, dia membiarkan saja Suhana memasukkan nombor telefon gadis itu ke dalam handsetnya. Apa rasa hati? Tak tahu. Betul – betul tak tahu. Perlu buat istikharah ke kalau macam ni dah hati aku?
* * *
Zakri call. So? So…jangan pura – pura tak rasa apa pun lepas dengar apa dia beritahu kau Nurul Najla. Big deal sangat ke hal tu? Dah orang tu nak balik, baliklah. Takkan aku nak tahan, tambat dia kat pokok mempelam macam tambat anak kambing? Tambat hati dia supaya dia ingat pada kau…satu suara halus berbisik ke hati. Gila!
Memang kau dah gila pun Ila. For the first time after three weeks kau simpan nombor dia, tunggu dan terus tunggu, berharap supaya dia akan call kau or at least send you a message…tadaaa! Hari Khamis, malam Jumaat tu…
“Ila?” suara itu kedengaran menggelabah sedangkan semasa berbalas salam tadi, elok saja pun. Ila la ni, takkan Lilo and Stitch pulak…
“Zack ni, Zakri…” tahu tapi saja buat tak tahu padahal time nampak aja nama tu kat skrin handset, jantung rasa macam nak tercabut.
“
“Ila ada masa setahun lagi,
“Ya saya. Jadi?”
“Saya lama lagi nak habis,” beritahu lelaki itu lagi. Kepala dah pusing. Dia nak cakap apa ni? Suara pun tenggelam timbul semacam aja.
“So?” selamba dia bertanya. Dah aku tak faham, aku tanyalah.
“Ahad ni nak balik
“InsyaAllah, tak janji,” akhirnya Najla beri kata putus. Ya, dengan izin Allah…
* * *
“Ambillah,” senaskah tafsir Quran bertukar tangan. Tangan ni pula ringan aja menyambut.
“Terima kasih. Cantik kulit tafsir ni,” kulit muka depan tafsir itu ditatap sekilas sebelum mata melilau ke sekeliling. Takkan nak pandang si Zakri ni kot? Jaga pandangan mata! You are Ila tapi depan budak Zakri ni entahlah, rasa segan semacam.
“Dah lama saya guna tafsir ni. Kalau ada mukasurat dia yang dah tak berapa cantik tu, faham – faham ajalah ya,”
“Kenapa bagi saya yang awak punya?” pelik pula tu. Barang dia bagi kat kita.
“Supaya awak ingat saya,” selamba redah dia menuturkan ayat itu. “Ila ada setahun lagikan nak habis study? Boleh tak Ila buat sesuatu untuk saya dalam tempoh tu? Sebab saya lambat lagi nak habis,”
“Buat apa?” yang ni masuk frasa tersangatlah tak fahamnya. Dahlah baru ja tak sampai seminit dia buat muka aku merah padam dengan ayat ingat mengingat tu, tang ni nak apa lagi?
“Doakan kejayaan saya kat
“Saya tak paksa Ila. Ila faham,
“Taken,” sepatah perkataan itu rasanya sudah cukup untuk menjawab permintaan Zakri. Tidak pasti untuk apa dia menyebut perkataan dan tidak pasti juga apa yang dirasa sekarang ini.
Taken means accepted. Bersedia untuk buat solat istikharah seperti mana permintaan Zakri. Untuk mereka. Dia dan Zakri. Untuk apa? Untuk perkara ghaib yang hanya diketahui oleh – Nya. Thing that cannot be heard nor touch but are felt in the heart…
Ya Allah, jika hamba Mu ini jatuh cinta,
Labuhkanlah cinta ini pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah cinta ku pada Mu…
Ya Muhaimin, jika hamba Mu ini jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati insan yang hatinya tertaut pada Mu,
Agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta nafsu,
Ya Rabbana, jika hati ini merindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindukan Syahid di jalan Mu,
Dan ya Allah, jika hamba Mu menikmati cinta kekasih Mu,
Janganlah hendaknya ia melebihi daripada kerinduan bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu…
Juga ya Allah, jika hamba Mu ini jatuh hati pada kekasih Mu,
Jangan biarkan diri ku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang yang menyeru manusia kepada Mu…
Amin ya Rab…
.jpg)
0 ulasan:
Catat Ulasan